Rempit eBay

Saturday 16 June 2012

Bagaimana eBay Berfungsi?

Bidaan

Anda membida barangan di eBay menggunakan sistem yang dipanggil ‘Bidaan Proksi’. Sistem ini berfungsi dengan membuat bidaan secara automatik sehingga jumlah maksimum yang telah disetkan oleh pembeli.

Sila lihat contoh berikut:

Buku X sedang dilelong dengan harga permulaan RM 1 dan naik dalam gandaan RM 0.20. Pembeli A menetapkan tawaran maksimum RM 3 – Oleh itu, beliau kini adalah pembida tertinggi dan nilai bidaan semasa pada sistem adalah RM 1.

Pembeli B pula memutuskan untuk membida RM 2 untuk buku X. Disebabkan kerana beliau tidak membida lebih tinggi daripada Pembeli A (yang telah meletakkan harga maksimum RM 3), maka pembida A masih pembida tertinggi dan sistem eBay secara automatik akan meletakkan harga bidaan RM 3. Pembeli B kemudiannya memutuskan untuk membida RM 4 untuk buku X. Beliau kini adalah pembida tertinggi dan mengatasi bidaan Pembeli A. Disebabkan bidaan telah ditetapkan naik dengan gandaan RM 0.20, maka sistem secara automatik akan meletakkan nilai bidaan semasa RM 3.20.

Oleh yang demikian, jika anda menetapkan tawaran maksimum RM 10 dengan harga permulaan RM 1, hanya apabila orang lain membida lebih daripada RM 10, mereka akan menjadi pembida tertinggi. Jangan lupa bahawa harga bidaan tidak termasuk kos penghantaran melainkan jika dinyatakan dengan jelas. Kos penghantaran perlu dinyatakan oleh penjual dalam maklumat penjualan dan kos ini biasanya akan bergantung kepada berat dan jarak penghantaran.

 Opsyen ‘Beli Sekarang’ (Buy It Now)

Jika anda yakin dapat menjual produk pada harga tertentu, anda boleh menetapkan terus harga jualan dengan menggunakan opsyen 'beli sekarang' (buy now). Ini membolehkan pembeli boleh membeli terus produk pada harga yang ditetapkan tanpa perlu untuk membida. Sebagai contoh: Jika anda menjangkakan boleh menjual sebatang pen pada harga RM 3, anda boleh menetapkan terus harga jual RM 3 dengan menggunakan opsyen bahawa 'beli sekarang'. Akan tetapi adalah dinasihatkan agar anda tidak menetapkan harga jual yang terlalu tinggi, kerana anda terpaksa membayar yuran penyenaraian untuk menjual semula jika tidak mendapat pembeli.  




Harga Rizab

Harga rizab adalah harga minimum, iaitu sekiranya harga bidaan adalah kurang daripada harga rizab maka produk tersebut tidak akan dijual. Kadang-kadang terdapat harga rizab yang tidak dipaparkan kepada pembeli, oleh itu jika mereka melihat ‘Reserve Price Not Yet Met' bermaksud harga tawaran semasa adalah rendah berbanding harga rizab.

Sebagai contoh: Jika anda menjual set radio dan anda tidak mahu menjual kurang daripada RM 70, jadi anda perlu meletakkan harga rizab sebanyak RM 70. Hanya apabila harga bidaan melebihi RM 70 maka set radio itu akan dijual. Jika harga bidaan kekal di bawah harga rizab, set radio tidak akan dijual dan anda boleh memutuskan untuk cuba menjual barangan tersebut sekali lagi.

 Senarai yuran eBay yang dikenakan kepada penjual boleh dirujuk di sini.

No comments:

Post a Comment