Rempit eBay

Saturday 16 June 2012

eBay – Perniagaan Internet Yang Terbukti Melahirkan Ramai Jutawan!

Ebay adalah salah cara yang paling mudah dan cepat untuk memulakan perniagaan online dan anda hanya perlu mengelurakan sedikit modal sahaja untuk memulakannya. Anda boleh memulakan perniagaan eBay dari keselesaan rumah tanpa perlu untuk menyewa bangunan, membeli banyak peralatan, membayar gaji pekerja, membayar yuran francais dan sebagainya. Anda juga tidak perlu bimbang tentang pemasaran dan promosi kerana eBay adalah satu jenama yang besar dan terkenal,  justeru dengan mudahnya dapat menarik berjuta-juta trafik ke laman web jualan eBay anda setiap hari!

Ramai orang membuat kesilapan dengan membina laman web mereka sendiri untuk memulakan perniagaan online tetapi gagal untuk membawa trafik ke laman mereka untuk menjual produk mereka, membuatkan perniagaan yang dibina gagal bertahan lama. Perlu diakui bahawa salah satu bahagian yang paling sukar dalam perniagaan online adalah untuk membawa trafik ke laman web dan menukar ‘lawatan’ mereka itu kepada jualan. Bagaimanapun, berita baik untuk anda bahawa dengan perniagaan eBay, anda hampir boleh menghapuskan proses pemasaran anda dan mula menjual dalam tempoh masa yang singkat :)

Ebay yang sentiasa berkembang dan memperbaiki sistem laman web mereka setiap hari telah menjana banyak peluang perniagaan untuk orang ramai di seluruh dunia. Setiap hari ribuan orang menyertai eBay untuk memulakan perniagaan sepenuh masa atau mendapatkan wang tambahan dengan menjual secara sambilan. Ia merupakan cara terbaik untuk mendapatkan wang dengan risiko dan kos yang minima. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, eBay telah berjaya melahirkan ramai usahawan internet bertaraf jutawan walaupun hanya berkerja dari rumah!

Secara asasnya, menjalankan perniagaan eBay akan melibatkan proses jualan, pembelian, pembayaran dan seterusnya penghantaran barang kepada pembeli oleh penjual. Dengan menjual sejumlah besar barangan anda mempunyai potensi untuk mewujudkan perniagaan yang menguntungkan. Anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan sistem lelongan di eBay, dan bersedia untuk melakukan sedikit penyelidikan ke atas populariti dan harga barang yang anda jual.

Bahagian yang paling penting dalam proses jualan di eBay adalah bagaimana untuk menetapkan harga permulaan yang betul dan memastikan anda kelihatan amanah. Sistem di eBay menggalakkan pembeli dan penjual untuk meninggalkan maklum balas yang positif atau negatif terhadap setiap transaksi. Ini bermakna bahawa bakal pembeli anda akan dapat melihat dengan tepat maklumbalas pelanggan anda yang terdahulu dan menilai rekod transaksi anda.




Potensi untuk menjana pendapatan di eBay adalah sangat besar dan anda boleh menjual beribu-ribu barang pada satu-satu masa. Walaupun sekiranya perniagaan eBay anda ditakdirkan tidak terlalu berjaya, risiko kerugian pada jumlah yang banyak adalah kecil. Bagi meningkatkan potensi keuntungan yang lebih besar, anda boleh menggabungkan perniagaan eBay (online) dengan perniagaan konvensional (offline) bagi membina rangkaian perniagaan yang lebih luas dan kukuh.

Kelebihan Perniagaan eBay:

1. Persediaan dan kos pengendalian adalah kecil.
2. Potensi untuk menjana keuntungan besar.
3. Perniagaan yang berisiko rendah.
4. Boleh dikendalikan di rumah mengikut keselesaan anda.
5. Boleh digabungkan dengan perniagaan konvensional (offline) untuk memperluaskan pasaran.

No comments:

Post a Comment