Rempit eBay

Monday 18 June 2012

Komputer Generasi Pertama Apple Dijual Menerusi Lelongan Pada Harga USD $ 374,500!

NEW YORK: Komputer generasi pertama Apple (Apple I Computer) yang dikeluarkan pada tahun 1976 telah berjaya dijual di rumah lelongan Sotheby pada Jumaat dengan harga bidaan $ 374,500, iaitu lebih daripada 500 kali ganda harga asal!


Komputer berkenaan yang amat jarang ditemui dan merupakan salah satu daripada hanya sebahagian komputer dalam kelasnya yang masih berfungsi dengan baik dianggarkan pada peringkat awalnya dijual pada harga $ 150,000 oleh pusat lelongan berkenaan.

Komputer Apple tersebut yang dibina oleh pengasas Steve Jobs dan Steve Wozniak dijual dengan set termasuk antara muka kaset asal, manual operasi dan manual aturcara asas pengguna tetapi ia tidak disertakan dengan skrin monitor atau bekalan kuasa sepertimana komputer Apple generasi pertama yang lain.

Dua pembida bersaing untuk mendapatkan komputer pertama yang membolehkan pengguna menaip pada papan kekunci dan mengendalikan program-program asas. Bagaimanapun, seorang pembida (yang membida menggunakan telefon) akhirnya berjaya memenangi bidaan dengan harga di bawah $ 375,000 (termasuk komisen).

Steve Jobs dan Steve Wozniak telah mencipta komputer peribadi pada tahun 1976 dan dibentangkan di kelab Komputer Palo Alto, tetapi hanya terdapat beberapa orang pembeli sahaja pada masa itu. Paul Terrell, pemilik rantaian runcit yang dikenali sebagai Byte Shop selepas itu memesan sebanyak 50 unit komputer dan dijual semula pada harga runcit $ 666.66.

Gandingan pengasas Apple itu kemudiannya menghasilkan 150 unit lagi komputer dan dijual kepada rakan-rakan dan pembekal lain. Sotheby berkata pada hari ini kurang daripada 50 unit asal komputer Apple generasi pertama masih wujud, dengan hanya 6 unit diketahui masih berfungsi dan boleh digunakan dalam keadaan baik - Reuters


No comments:

Post a Comment